Popular Posts

Sunday 18 September 2011

pilihlah aku ke jalanmu ya allah...


Jika Allah menolong kamu, maka tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang - orang mukmin bertawakal. (Ali-Imran: 160)

Apabila kita terpaksa memilih antara kehendak Allah atau kehendak nafsu, maka pilih lah Allah. Kerana nafsu memberikan kebahagiaan yang sementara tetapi pada Allah ada kebahagiaan selamanya.

Jika kita merasa terluka atau bersedih ketika meninggalkan nafsu kerana Allah, percayalah di akhirnya kebahagiaan akan datang juga kerana orang yang berjaya adalah orang yang mampu menewaskan nafsunya sendiri.

Bermula lah dengan baik dalam keadaan yang Allah redha. InsyaAllah baik jugalah pengakhirannya.

1 comment: