Popular Posts

Saturday 24 November 2012

tak sangka...

hidup nie ibarat roda kan?kadang diatas dan kadang bawah..tersungkur! Itu laa namenya kehidupan...tapi kehidupan nie banyak mengajar aku tentang menilai sesuatu yang baik atau tak,tapi orang kata pengalaman tue mengajar kita erti kehidupan,pesanan buat diri sendiri jangan la terlalu percayakan orang yang kita baru kenal memang zahir napak baik memang mulut manis berkata-kata,janji macam-macam  tapi semua tue PROPANGANDA semata-mata...sangat tak sangka aku tertipu olehnya,haihhh.....sabarla duhai hati mungkin ini dugaan yang patut aku terima,mungkin ad hikmah disebalik semua nih tapi kesimpulannya lelaki nie memang tak boleh nak dipercayai...ye memang tak semua gitu,tapi gak ho gitu lahhh, Pesanan buat semua dan u diri sendiri janganlah terlalu memandang orang dengan sebelah mata,jangan terlalu angkuh dengan apa hok ada tak mustahil semua akan ditarik kelak...bersyukur laa,setiap manusia tuhan dan tentukan rezeki masing-masing tak perlu pertikaikan semua,

Monday 12 November 2012

kesakitan itu akan hilang bersama sebuah memori.

bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu

Bila engkau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah tetap bersamamu
Bila engkau kebuntuan akal
maka Allah adalah penunjuk jalan
apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah
~Facebook~

Tiada duka yang pernah abadi
Sampai satu saat duka itu akan berlalu pergi bersama sebuah memori

Percayalah

Rasa kesakitan itu akan menghakis sebuah memori
Membuat kita makin lupa dari hari ke hari
Kerana sebuah keazaman bersama doa yang dipanjatkan
Dan kerana titisan air mata keikhlasan agar dihilangkan kesakitan

Dan percayalah Allah itu sangat sayang pada kita
Dia akan beri apa yang kita minta
kerana air mata keikhlasan yang kita tumpahkan
kerana keazaman yang sepenuh hati
meminta kepadaNya
Dan kerana Dialah Tuhan yang maha mengasihani

Ya Dia telah beri
Dan yakinlah Dia akan beri
Cuma masih teguhkah keimanan ini disaat hati hanya disalut gembira?

Masih teguhkah hati ini mengingatiNya disaat duka berlalu pergi

Benarlah ujian yang susah itu adalah ujian disaat senang
Membuat kita sering lupa

Muslimah sekalian,
Pernah kita terfikir mengapa ALlah beri kesedihan ini pada kita
Kerana hanya dengan cara ini saja membuat kita lebih mengingatiNya
Dia beri kita ujian ini kerana kita orang yang mampu untuk melaluinya

Dia ingin beri kita peluang untuk mendekatiNya
Dia ingin beri kita peluang untuk menebus dosa-dosa kita
Dia rindukan hambanya
Dia ingin berikan kita syurga

Cuma kita yang tidak menyedarinya  

Wahai wanita jika anda adalah insan yang dipilih untuk bersedih
gunakanlah masa ini sebaiknya beribadah
menangis padaNya
meminta agar hidayah itu berkekalan dihatimu
kerana kamu mungkin tidak akan tahu
saat ujian ini berakhir
mungkinkah hati dan iman mu masih dapat teguh seperti di kala waktu itu.

saya bukan wanita yang solehah
ya saya memang bukan
tapi saya wanita yang cuba mensolehkan diri

saya wanita yang cuba memuhasabahkan diri
melalui tulisan sendiri
disaat saya mula lupa

saya menulis walau saya bukan seorang daie mahupun ustazah
saya cuma wanita biasa
cuma satu yang saya harapkan
jika satu saat saya pergi
saya masih dapat memberi
satu bahagian dari diri dan hidup saya
untuk dijadikan pedoman dan iktibar pada insan lain
dan mengharapkan pahala yang berterusan
yang dapat di salurkan
bagi membantu saya diakhirat sana