Popular Posts

Sunday 25 September 2011

haha...

Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’. Cinta tak terletak pada ‘I miss you’ dan cinta bukan pada ‘can I touch you?’ kerana itu semua cinta nafsu semata-mata.

Bicara cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan. Ketika itulah tujuan cinta..aku terima nikah nya maya binti fb..mas kawin nya.cinta sejati.

Tuesday 20 September 2011

persoalah hati??

...ptanyaan DEMI ptanyaan mgkn mresahkn jiwa...

dn JAWAPAN kte jka dtanya ttg pkahwinan;

Knpa Lambat? = Krn ALLAH tahu masa yg tbaik untkku..

Dah Bpunya? = Ya..krn setiap org tlh dtetapkn jodoh masing2..

Siapa? = Nanti ALLAH akn pkenalkn kpd semua..

Bila? = Bila kami sudah dsatukn..Insya_ALLAH jemput dtg ke Walimatul urusku nanti

P/S: Jgnlah slalu btanya bla orang akn bkahwin krn semua rahsia,tletak d tangan ALLAH..sampai masa ALLAH akn tunjukkn juga..

:: teman hati :



SUNGGUH, Kita memilih seseorang bukanlah kerana kita cintakan dia atau dia cintakan kita.. Tapi kita memilih dia kerana dia sayang dan cintakan kita kerana ALLAH.. SUBHANALLAH...(T_T)..

67kg arghhhh......tension!!!

berat badan makin naekkk...tension betoll laaa,nk buat cemane neyhh yer,umur baru 22thn tp cam mak orang daa,haishh tak sanggup daaa,saya na kurus!!! mulai hari nie mau diet laa....hihi harap2 diet kali nie menjadik ler,semangat bekobar2 nie mau kurus n kurus......

Sunday 18 September 2011

pilihlah aku ke jalanmu ya allah...


Jika Allah menolong kamu, maka tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang - orang mukmin bertawakal. (Ali-Imran: 160)

Apabila kita terpaksa memilih antara kehendak Allah atau kehendak nafsu, maka pilih lah Allah. Kerana nafsu memberikan kebahagiaan yang sementara tetapi pada Allah ada kebahagiaan selamanya.

Jika kita merasa terluka atau bersedih ketika meninggalkan nafsu kerana Allah, percayalah di akhirnya kebahagiaan akan datang juga kerana orang yang berjaya adalah orang yang mampu menewaskan nafsunya sendiri.

Bermula lah dengan baik dalam keadaan yang Allah redha. InsyaAllah baik jugalah pengakhirannya.

Monday 5 September 2011

menyintai seseorang bukan bererti memilikinya

 Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada
kita mencintai diri orang lain.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi
tidak menyintai diri kita kerana
adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada
mengubah pendirian orang lain....

suara hati.. ♥ ♥ ♥...

ingin luahkan segala apa yang tersirat,ingin buang seribu kesesalan yang bermain difikiran....ingin berlari jauh dari semua kenangan yang menghantui diri ini,ingin kembali seperti dulu dan ingin semuanya seperti biasa tapi mustahil...tetapkan la pendirian ku ya allah..leraikan segala persoalan yang tersirat dihati ini,tunjukan laa jalan yang kebenaran,

yang kekal abadi•✿•

Wahai insan,
DUNIA nie..
tlalu HINA utk mbuat kte MNANGIS,
tlalu MURAH utk mbuat kte BSEDIH,
tlalu LEMAH utk mbuat kte PUTUS ASA,

TTAPI kEtahuilh bhw ALLAH slalu..
mberi PELANGI dstp BADAI,
SENYUM dstp AIR MATA,
BERKAH dstp MUSIBAH,Dn JWAPAN dstp DOA..

“Dan bsegeralh kamu kpd mdapat keampunan drpd Tuhan_mu dn syurga yg luasnya sluas langit dn bumi yg dsediakn utk org yg btaqwa.”
(Surah Ali-'Imran: 133)

Sunday 4 September 2011

ooh cinta....


CINTA itu ...
Datang dan pergi ..
Mengajar kita erti kedewasaan ..
Mendidik kita erti kesabaran ..
Membawa kita pada keimanan ..

CINTA itu  ..
Datang dan pergi .. 
Bukan dipinta bukan dikejar .. 
Hadirnya membawa sejuta makna..
Makna di dalam misteri yang tiada bisa terungkap ..
Jika tidak merasainya .. 

CINTA itu .. 
Anugerah Ilahi .. 
Membawa kita ke satu sudut ..
Sudut yang ertinya hanya satu ..
TIADA YANG AGUNG ..
Hanya cinta kepada YANG SATU ..YANG ESA ..

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

luahan hati seorang wanita


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday 3 September 2011

selamat hari rayer.....


saat hati dilukai....

ya allah aku tak sanggup untuk lalui semua nie...ingin lari dari semua nie tapi aku tak terdaya untuk membuat keputusan diri sendiri.. ya allah sungguh brat ujian yang kau berikan sampai aku sendiri tak sanggup untuk laluinya sendiri,ak sangat menyayanginya aku tak sanggup kehilangannya ya allah dalam masa yang sama aku tak sanggup terima perbuatannya...meskipun hati nie hancur lebur hanya tuhan yang tahu perasaan nie,tak tertahan sakitnya hati nie,aku ingin bina hidup baru tapi bukannya senang,bukan mudah untuk lawan perasaan sendri.....saat orang lain bergembira aku pula macam nie sguh bsar ujian mu ya allah,apepun aku terima kalau ini la takdir hidup aku moga kau kuatkan hati ini untuk tempuh semua nie dengan tenang.....sesungguhnya aku masih menyayangi walau apapun yang terjadi....