Popular Posts

Monday, 21 November 2011

sebuah cinta...

Jika ia sebuah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati..
Jika ia sebuah cinta, ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sebuah doa..
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan..
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..

Monday, 17 October 2011

cacatan indah...

cinta itu indah selagi kita tidak menodainya..
Cinta itu fitrah dan memang indah dirasakan...
Namun cinta kita bikin lupa dan lengah..
Krn cinta kita lalai dalam beribadah kepada Allah..
Krn cinta kita FAILED dlm exam..
Krn cinta tergadaikn semua maruah agama...

Cinta Ilahi cinta sejati..
Cinta yang membawa bahagia dan ia kekal abadi..
Cinta manusia pula hanya sementara..
Cinta dunia tiada untungnya..
Cinta Ilmu pula tiada ruginya..
Untung didunia maupun di akhirat..

Kutujukan buat semua..
Mari kita sama sama renungkan..
Berangan sejenak..
Muhasabah diri kita..
Cinta mana pilihan kita..



Cinta. Sebuah kata singkat yang memiliki makna yang begitu luas. Walaupun belum ditafsiri secara pasti, namun kewujudan cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkanya asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pohon...

Wednesday, 12 October 2011

Buat Calon Suami




Pernikahan atau Perkawinan,,Menyingkap tabir rahasia ...
Isteri yang kamu nikahi,,Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,Mahu Pun tidak setabah Fatimah ...
Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,Yang punya cita-cita, Menjadi solehah ...

Pernikahan atau Perkawinan,Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya ...

Pernikahan atau Perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan Redha
Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali r.a
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh .

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ya Allah
Gantikanlah penderitaan ini dengan kegembiraan,
Gantikanlah kesedihan ini dengan senyuman,
Gantikanlah Air mata cinta ini dengan air mata taubat,
Gantikanlah perasaan takut ini dengan ketenteraman,
Gantikanlah kesesatan ini dengan cahaya pertunjukmu,
sejukkanlah gelora hati ini dengan salji keyakinan,
dan Padamkanlah api kemarahan ini dengan air keimana

Sunday, 9 October 2011

amat-amat tersentuh

salahkan aku u disayangi,slhkan aku u d'cintai....slhkan aku????hina sangatkah aku pada padangan matamu....
sguh tak bermakna aku bagi dirimu....ya allah adakah ini ujian darimu sesungguhnya aku hanya insan yg lemah,kau kuatkan hati ini menempuh segala rintangan dan dugaanmu,moga kau kuatkan diri ini,moga kau tunjukkan aku jalan yg kau redhai sesungguhnya aku jaoh tersasar dari jalanmu....

Sunday, 25 September 2011

haha...

Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’. Cinta tak terletak pada ‘I miss you’ dan cinta bukan pada ‘can I touch you?’ kerana itu semua cinta nafsu semata-mata.

Bicara cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan. Ketika itulah tujuan cinta..aku terima nikah nya maya binti fb..mas kawin nya.cinta sejati.

Tuesday, 20 September 2011

persoalah hati??

...ptanyaan DEMI ptanyaan mgkn mresahkn jiwa...

dn JAWAPAN kte jka dtanya ttg pkahwinan;

Knpa Lambat? = Krn ALLAH tahu masa yg tbaik untkku..

Dah Bpunya? = Ya..krn setiap org tlh dtetapkn jodoh masing2..

Siapa? = Nanti ALLAH akn pkenalkn kpd semua..

Bila? = Bila kami sudah dsatukn..Insya_ALLAH jemput dtg ke Walimatul urusku nanti

P/S: Jgnlah slalu btanya bla orang akn bkahwin krn semua rahsia,tletak d tangan ALLAH..sampai masa ALLAH akn tunjukkn juga..

:: teman hati :



SUNGGUH, Kita memilih seseorang bukanlah kerana kita cintakan dia atau dia cintakan kita.. Tapi kita memilih dia kerana dia sayang dan cintakan kita kerana ALLAH.. SUBHANALLAH...(T_T)..

67kg arghhhh......tension!!!

berat badan makin naekkk...tension betoll laaa,nk buat cemane neyhh yer,umur baru 22thn tp cam mak orang daa,haishh tak sanggup daaa,saya na kurus!!! mulai hari nie mau diet laa....hihi harap2 diet kali nie menjadik ler,semangat bekobar2 nie mau kurus n kurus......

Sunday, 18 September 2011

pilihlah aku ke jalanmu ya allah...


Jika Allah menolong kamu, maka tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang - orang mukmin bertawakal. (Ali-Imran: 160)

Apabila kita terpaksa memilih antara kehendak Allah atau kehendak nafsu, maka pilih lah Allah. Kerana nafsu memberikan kebahagiaan yang sementara tetapi pada Allah ada kebahagiaan selamanya.

Jika kita merasa terluka atau bersedih ketika meninggalkan nafsu kerana Allah, percayalah di akhirnya kebahagiaan akan datang juga kerana orang yang berjaya adalah orang yang mampu menewaskan nafsunya sendiri.

Bermula lah dengan baik dalam keadaan yang Allah redha. InsyaAllah baik jugalah pengakhirannya.

Monday, 5 September 2011

menyintai seseorang bukan bererti memilikinya

 Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada
kita mencintai diri orang lain.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi
tidak menyintai diri kita kerana
adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada
mengubah pendirian orang lain....

suara hati.. ♥ ♥ ♥...

ingin luahkan segala apa yang tersirat,ingin buang seribu kesesalan yang bermain difikiran....ingin berlari jauh dari semua kenangan yang menghantui diri ini,ingin kembali seperti dulu dan ingin semuanya seperti biasa tapi mustahil...tetapkan la pendirian ku ya allah..leraikan segala persoalan yang tersirat dihati ini,tunjukan laa jalan yang kebenaran,

yang kekal abadi•✿•

Wahai insan,
DUNIA nie..
tlalu HINA utk mbuat kte MNANGIS,
tlalu MURAH utk mbuat kte BSEDIH,
tlalu LEMAH utk mbuat kte PUTUS ASA,

TTAPI kEtahuilh bhw ALLAH slalu..
mberi PELANGI dstp BADAI,
SENYUM dstp AIR MATA,
BERKAH dstp MUSIBAH,Dn JWAPAN dstp DOA..

“Dan bsegeralh kamu kpd mdapat keampunan drpd Tuhan_mu dn syurga yg luasnya sluas langit dn bumi yg dsediakn utk org yg btaqwa.”
(Surah Ali-'Imran: 133)

Sunday, 4 September 2011

ooh cinta....


CINTA itu ...
Datang dan pergi ..
Mengajar kita erti kedewasaan ..
Mendidik kita erti kesabaran ..
Membawa kita pada keimanan ..

CINTA itu  ..
Datang dan pergi .. 
Bukan dipinta bukan dikejar .. 
Hadirnya membawa sejuta makna..
Makna di dalam misteri yang tiada bisa terungkap ..
Jika tidak merasainya .. 

CINTA itu .. 
Anugerah Ilahi .. 
Membawa kita ke satu sudut ..
Sudut yang ertinya hanya satu ..
TIADA YANG AGUNG ..
Hanya cinta kepada YANG SATU ..YANG ESA ..

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

luahan hati seorang wanita


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, 3 September 2011

selamat hari rayer.....


saat hati dilukai....

ya allah aku tak sanggup untuk lalui semua nie...ingin lari dari semua nie tapi aku tak terdaya untuk membuat keputusan diri sendiri.. ya allah sungguh brat ujian yang kau berikan sampai aku sendiri tak sanggup untuk laluinya sendiri,ak sangat menyayanginya aku tak sanggup kehilangannya ya allah dalam masa yang sama aku tak sanggup terima perbuatannya...meskipun hati nie hancur lebur hanya tuhan yang tahu perasaan nie,tak tertahan sakitnya hati nie,aku ingin bina hidup baru tapi bukannya senang,bukan mudah untuk lawan perasaan sendri.....saat orang lain bergembira aku pula macam nie sguh bsar ujian mu ya allah,apepun aku terima kalau ini la takdir hidup aku moga kau kuatkan hati ini untuk tempuh semua nie dengan tenang.....sesungguhnya aku masih menyayangi walau apapun yang terjadi....

Sunday, 21 August 2011

mana mak....


Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, 20 August 2011

seindah kata-kata...

Kerana kata-kata badan binasa..pepatah yang tak dapat aku lupakan sebagai seorang perempuan,kenapa seorang perempuan terlalu mudah untuk jatuh ke tangan seorang lelaki,mungkin kerana lemahnya iman?atau mungkin kerana ikutkan kata hati,kerana kata-kata seseorang itu boleh lupa akan segala-galanya sanggup bertindak diluar batasan...
            

tentang persaan

tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang aku alami hanya mampu diam seribu bahasa,kenapa perasaan nie seakan-akan meyeksa diri sendiri...aku ingin lari jauh dari semua nie namun aku tak termampu melawan perasaan sendiri...kadang aku tewas dengan perasaan sendiri,hanya tuhan yang tahu apa yang aku lalui,aku tahu sesiapa pun tak akan boleh tolong diri aku sendri melainkan aku sendiri yang mengubahnya..tuhan tolong laa hambamu ini yang ingin kembali ke jalan yang lurus sesungguhnya aku telah banyak tersesat dengan duniaku sendiri,aku mahu bangkit dari semua belenggu nie,ntah kenapa terasa hati nie sungguh berat,aku hanya mampu berserah kepadamu....

Monday, 15 August 2011

muhasabah diri :)

Beritahu pada perempuan itu dirinya ibarat kaca...di sentuh terguris,
 di hantuk serpih, di hempap berkecai....
Beritahu pada perempuan itu jaga tingkah laku...jaga pakaian...

harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah... di mana & dalam keadaan macam mana pun, 
biar org kenal..
Dia orang ISLAM..
Beritahu pada perempuan itu SIMPAN SECEBIS MALU...KERANA MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.....

tetang kami??? dari perasaan benci menjadi sayang...

   hmm..nak cter balik pertemuan aku dan die,dulu nak dijadikan citer kami macam anjing dengan kucing lau jmpe jer ade jer yang tak kena,huhh...memang waktu tue aku benci gler laa..ngan die,part yang aku tak dapat aku lupakan niat hati nie nak mainkan persaan die jer tapi tak sangka la plop ak terjatuh chenta ngan die,mse aku kenal die waktu tue aku dalam form 4 rasenya...alhamdulillah hubungan kami dapat bertahan sampai sekarang banyak dugaan dan cabaran yang kami lalui sepanjang kami bersama...memang tak dapat dinafikan laa lagikan lidah boleh tergigit nie kan pula manusia memang tak boleh lari dari dugaan nie,kalau da gadoh tue mang tak hengat dunia laa,tapi dalam hati still sayang,harap sangat hubungan kami akan bersatu suatu hari nanti tue laa impian aku dari dulu sampai sekarang,walaupun da bersama agak lama tapi kepercayaan diantara agak kurang disebabkan yang tak dapat dielakkan....antara aku dan die seolah ada kekuatan yang agak kuat mungkin disebab kekuatan kasih sayang diantara kami sehingga kami kini kami masih bersama sampai la sekarang 
kami masih bersama....semoga hubungan kami akan berkekalan sampai bila-bila dan kami 
akan dapat harungi pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang kelak......

Wednesday, 10 August 2011

aku syg die sgat2.....

.Ya ALLAH..
ku serahkan dia pada_Mu..Ku ikhlaskan cintaku untuknya pd_Mu..
Aku lelah,bkn kerna aku menyerah,nmn aku sudah tak mampu menahannya..Jika kelak Engkau redhai kami,maka psatukn kami diantara ktaatan kami pd_Mu, dgn ktulusan hati kami,dgn keimanannya utk ajak aku lbh dekat dgn_Mu..
Nmn jka tdk Engkau restui kami,maka berilh klapangan di hati kami utk jalani sgala cubaan dari_Mu,dn aku yakin rencana_Mu lebih indah dr jalan yg hamba pilih sendiri.
.